Monday, April 25, 2011

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

Firstly, aku nak ucapkan tahniah kepada adik sepupu aku yang tabah dan sabar dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan seorang diri....Aku hanya dapat memberi sokongan dari jauh je...mmg kesian...segala2nya diuruskan sendiri...kehilangan ibu selepas dia dilahirkan...hanya dapat bermanja sebentar sahaja...selepas itu dijaga oleh nenek...belum cukup dewasa nenek pula pergi meninggalkan dia.

Kini dia telah dewasa dan cukup kuat dan tabah dalan mengharungi segala rintangan...sudah bijak membuat keputusan...sanggup meninggalkan kerja untuk menjaga bapanya yg sakit. Sewaktu bapanya sedang menanti hari untuk pembedahan, ada sahaja halangan dan dugaan yang terpaksa adik sepupu ku terima...tapi itu semua tidak mematahkan semangat dia...tetap mahu perjuangkan dlam memulihkan kesihatan bapanya...Aku bangga dengan dia.

No comments:

Post a Comment